Unit Beruniform

Thursday, April 6, 2023

Unit Kokurikulum SK Lahad Datu III



Admin by - DJ@PKKokum




Dasar Perlaksanaan Kegiatan Kokurikulum

Kegiatan kokurikulum boleh ditakrifkan sebagai apa-apa kegiatan yang dirancang daripada proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah(kurikulum) yang memberi murid peluang untuk menambah, memperkukuh dan mengamalkan kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di bilik darjah.

Dalam warta kerajaan bertarikh 28Disember 1967, No.5652 (Peraturan Kursus Pengajian) Sekolah 1956, kegiatan ini dikenali sebagai 'Kegiatan Kumulan" . Dalam warta kerajaan bertarikh 31 Disember 1997, Jld.41 , No.26, Tambahan No.94, Kandungan A.P.U (A) Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan (Kokurikulum Kebangsaan) telah memberi takrif kokurikulum iaitu :Kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mengandungi yang berikut:-

- Penyertaan dalam sukan dan permainan
- Penyertaan dalam persatuan dan kelab
- Penyertaan dalam pasukan pakaian seragam
- Lain-lain kegiatan sebagaimana ditentukan oleh Menteri Pendidikan. 
   

Jawatankuasa Kokurikulum SK Lahad Datu III 

Sesi Tahun 2024/2025



UNIT BERUNIFORM

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA

PENGERUSI
PR19 EN.SYAFIQUL ASRAF BIN  SAFARUDDIN
 TIMBALAN PENGERUSI
PR19 PN.NURHASMI BINTI ABD RAHMAN

 ( TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH)TKRS

 PENGERUSI

PR19 EN. MUHAMMAD  KHAIRULZA'IM BIN ARIFIN
TIMBALAN PENGERUSI
PR19 PN.ANDI HASLINDA BINTI ANDI SIKANDAR


BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (BSMM)

PENGERUSI
PR19 CIK PAULA PETER
TIMBALAN PENGERUSI
PR19 CIK
SHAIRATUL ASRIZAN BINTI ZAMRI

 PANDU PUTERI TUNAS

PENGERUSI
PR19 PN. RAHZITINI BARAHIM @ IBRAHIM
 
TIMBALAN PENGERUSI
PR19 PN.
IMELDA JOSEPH

 Aktiviti Sepanjang Bulan Mei 2024



KEJOHANAN SEPAK TAKRAW B12  MSSDLD TAHUN 2024
8.MEI.2024 /
     

                                         Sumber Photo : Aizal Ratib 

Pasukan Sepak Takraw SK Lahad Datu III
Yang Menyertai Kejohanan


 Aktiviti Sepanjang Bulan April



MESYUARAT KEJOHANAN BOLA JARING MSSDLD TAHUN 2024
15TB 15TB 18TB
29.APRIL.2024 /  AULA PERDANA  SK LAHAD DATU III
     

Photo by : Molly Peter









KARNIVAL BOLA SEPAK AKAR UMBI B12 LAHAD DATU
2O.APRIL.2024 /  PADANGSEKOLAH   SK LAHAD DATU III
     

Photo by : M.Solehan

Team Bola Sepak SK Lahad Datu III Menduduki Tempat ke-2


Photo by : M.Khairulzaim





PERJUMPAAN MINGGUAN KOKURIKULUM 
( KELAB DAN PERSATUAN )
24.APRIL.2024 /    SK LAHAD DATU III
     









KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSDLD 
( PENGELOLA SK TERUSAN LAHAD DATU )
20.APRIL.2024 /    SK LAHAD DATU III
     



AJK Statistik Yang Melibatkan Guru-Guru SK Lahad Datu III

Peserta-Peserta Perempuan SK Lahad Datu III

Peserta-Peserta Lelaki SK Lahad Datu III





-----------------------------


Jawatankuasa Kokurikulum SK Lahad Datu III 

Sesi Tahun 2023/2024








JK Unit Beruniform SK Lahad Datu III Tahun 2023 / 2024

JK Kelab Dan Persatuan  SK Lahad Datu III Tahun 2023 / 2024


Sudut Informasi




Info Aktiviti Sepanjang Tahun 2023/2024




SENAMROBIK@SENAMSIHAT BULAN DISEMBER 2023
SK LAHAD DATU
13.12.2023 /  KANTIN SK LAHAD DATU III
     

RAKAMAN VIDEO SENAMROBIK@SENAMSIHAT



PERKHEMAHAN PERDANA UNIT BERUNIFORM
SK LAHAD DATU TAHUN 2023
24- 26 NOVEMBER 2023  /  SK LAHAD DATU III
        




1.0       PENDAHULUAN

Perkhemahan unit beruniform adalah salah satu saluran pendidikan luar bilik darjah yang amat berkesan dalam usaha menangani segala bentuk masalah gejala sosial. Perkhemahan juga dapat mendidik murid-murid percaya kepada diri sendiri dan sedar akan kemampuan diri.

 

Melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan, mereka akan didedahkan dengan suatu persekitaran baru. Ia juga memberikan satu rasa dengan menanam sifat keberanian dan kepercayaan internal dan intrapersonal.

 

Pada tahun ini, Unit Beruniform SK Lahad Datu III sekali lagi diberi mandat untuk mengelolakan perkhemahan unit-unit beruniform yang melibatkan murid tahun 4, 5 dan 6. Dengan semangat dan kepercayaan, adalah diharapkan program ini akan mencapai objektifnya.

  2.0      MATLAMAT

Memberi pengalaman baru dan pendedahan kepada murid berkaitan dengan aktiviti pendidikan luar yang lebih terancang dan tersusun sekaligus membantu dalam usaha membentuk dan    melahirkan generasi yang berguna di masa akan datang.

Sesuai dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan kepada Falsafah Pendidikan    Kebangsaan, maka program ini dirancang sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi dan intelek serta berpotensi untuk             memberi sumbangan kepada kesejahteraan dan kemajuan diri sendiri, masyarakat, bangsa,  negara dan agama.

 3.0       OBJEKTIF

3.1  Mendedahkan para peserta kepada aspek-aspek asas perkhemahan.

3.2  Memberi peluang kepada peserta untuk berinteraksi, berkomunikasi, berkerjasama dan bertolak ansur antara satu sama lain dalam melaksanakan sesuatu aktiviti.

3.3 Melatih para peserta melaksanakan aktiviti-aktiviti kehidupan seharian secara teratur dan berdisiplin.

3.4  Mendedahkan para peserta dengan pelbagai kemahiran ikhtiar hidup.

3.5  Memberi peluang kepada para peserta mengembangkan kreativiti masing-masing.

3.6  Melahirkan individu yang mempunyai cirri kepimpinan serta keyakinan diri terhadap kebolehan mereka.

3.7  Memperolehi kemahiran asas dalam aktiviti pendidikan luar di samping menitikberatkan aspek keselamatan sewaktu melakukan aktiviti.


4.0       RASIONAL

Perkhemahan merupakan salah satu program anjuran Unit KoKurikulum bagi mengeratkan         perhubungan antara guru dan murid serta dapat memupuk nilai-nilai murni di kalangan murid-murid sekolah.

Aktiviti perkhemahan juga dapat menenangkan fikiran murid dan mengukuhkan pengetahuan bagi memastikan kandungan kurikulum dikuasai secara tidak langsung dan tanpa tekanan. Aspek ini perlu diberi perhatian memandangkan setiap murid mempunyai potensi diri yang perlu dikenalpasti      agar mereka tidak merasa rendah diri tetapi mampu menjalani kehidupan bersosial yang lebih baik      dan berketerampilan dengan lebih unggul.

Maka program yang berbentuk “outdoor” ini seharusnya menjadi asas dalam memastikan mereka dapat berdikari dalam menjalani kehidupan yang sebenar selaku modal insan yang cemerlang.



Pendaftaran Peserta Perkhemahan


Aktiviti Ikhtiar Hidup Oleh Pasukan Gerak  AM  (PGA) Lahad Datu


Aktiviti Kuliah Maghrib



Pertandingan Penyediaan Makanan Sihat


Penilaian Gajet & Khemah Oleh PDRM dan PIBG


Rakaman Video Pertandingan Kawat Kaki

Rakaman Video Pertandingan Penyediaan Menu Sihat



SENAMROBIK@SENAMSIHAT BULAN NOVEMBER  2023
SK LAHAD DATU
.11.2023 /  KANTIN SK LAHAD DATU III
       



BULAN SENAMROBIK@SENAMSIHAT BULAN OKTOBER 2023
SK LAHAD DATU
11.10.2023 /  KANTIN SK LAHAD DATU III
        








PERJUMPAAN MINGGUAN KOKURIKULUM
( KELAB & PERSATUAN)
04 OKTOBER   2023 /  SK LAHAD DATU III
        










BULAN SENAMROBIK@SENAMSIHAT BULAN SEPTEMBER 2023
SK LAHAD DATU
20 SEPTEMBER  2023 /  KANTIN SK LAHAD DATU III
        

Masa           :  6.50 Pagi
Tempat        :  Kantin SK Lahad Datu III
Penglibatan :  Guru-Guru, Murid-Murid Tahap II

Secara umumnya, senamrobik merupakan salah satu bentuk latihan atau pergerakan fizikal yang menggabungkan senaman aerobik berirama dengan regangan dan rutin latihan kekuatan. Ianya bermatlamat untuk memperbaiki semua unsur kecergasan yang melibatkan kekuatan otot , feksibiliti, dan kecerdasan kardioveskular.

Justru, pelaksanaan senamrobik telah dijadikan salah satu aktiviti di peringkat sekolah yang melibatkan warga sekolah sama ada di kalangan guru-guru, murid-murid, anggota staf sokongan mahupun melibatkan pihak ibu bapa.

Aktiviti senamrobik yang dilaksanakan sekali setiap bulan (Bulan Senamrobik@Senamsihat) diharapkan akan dapat memberi impak kepada pembentukan fizikal yang sihat dan mencetuskan minda yang cerdas.




MAJLIS PENUTUPAN 
SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN TAHUN 2023
PERINGKAT SK LAHAD DATU III /  13 SEPTEMBER 2023 / 
KANTIN SEKOLAH SK LAHAD DATU III

SK Lahad Datu III, 13 September - Telah berlangsung majlis perasmian dan penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan Tahun 2023 peringkat SK Lahad Datu III , dekat sini hari ini. Majlis tersebut merupakan anjuran Kelab & Persatuan Unit Kokurikulum SK Lahad Datu III.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pn. Nik Suhana Megat Daud selaku Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK Lahad Datu III bagi mewaili Guru Besar sekolah.

Antara matlamat utama Program Sambutan Bulan Kemerdekaan Tahun 2023 diadakan adalah bagi memupuk semangat patriotisme di kalangan murid-murid khasnya , amnya di kalangan warga SK Lahad Datu III. Di samping cuba mencungkil bakat yang terpendam dalam kalangan murid-murid SK Lahad Datu III melalui pelbagai aktiviti pertandingan yang diadakan.

Diharapkan penganjuran program seumpama ini akan mampu melahiran murid-murid yang dapat menghayati peristiwa kemerdekaan negara lantaran bersyukur akan nikmat kemerdekaan yang dikecapi selama ini. Justru semangat perpaduan dan semangat cintakan negara akan terus tersemai dalam kalangan murid-murid.

Semoga penganjuran program seumpama ini akan mencapai matlamat dan objektif seperti mana yang diharapkankan.

Rakaman Video Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan Part 1

Rakaman Video Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan Part 2

Rakaman Video Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan Part 3



MAJLIS PERASMIAN  
SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN TAHUN 2023
PERINGKAT SK LAHAD DATU III / 







HEBAHAN PERTANDIKAN MASAKAN TRADISIONAL
SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN
PERINGKAT SK LAHAD DATU III



Pautan@Link Borang Penyertaan : https://forms.gle/D9ygoa3ERGSTDXXNA

PELAKSANAAN BULAN SENAMROBIK@SENAMSIHAT BULAN OGOS
PERINGKAT SK LAHAD DATU III
23 OGOS 2023 / KANTIN SEKOLAH SK LAHAD DATU III




Secara umumnya, senamrobik merupakan salah satu bentuk latihan atau pergerakan fizikal yang menggabungkan senaman aerobik berirama dengan regangan dan rutin latihan kekuatan. Ianya bermatlamat untuk memperbaiki semua unsur kecergasan yang melibatkan kekuatan otot , feksibiliti, dan kecerdasan kardioveskular.

Justru, pelaksanaan aktiviti senamrobik@senamsihat telah dijadikan salah satu aktiviti di peringkat sekolah bagi salah satu bentuk aktiviti yang dapat menyumbang perolehan markah PAJSK dalam kalangan murid. Ianya telah diangkat sebagai salah satu perolehan pencapaian markah PAJJSK di peringkat daerah. Justru itu penglibatan murid-murid dalam aktiviti senamrobik@senamsihat ini amatlah dijalakkan.



KEJOHANAN CATUR MSS BAWAH 12 TAHUN 
PERINGKAT MSS NEGERI SABAH TAHUN 2023
15 -  17 OGOS 2023  /  RANAU 


Kejohanan catur merupakan salah satu acara sukan di bawah Majlis Sukan Sekolah-Sekolah yang dianjurkan di peringkat daerah, negeri mahupun kebangsaan. Kejohanan catur yang berlangsung di peringkat daerah merupakan sebahagian daripada peringkat pelaksanaan  untuk memilih pemain-pemain catur bawah 12,15 dan 18 tahun bagi mewakili daerah ke peringkat negeri dan kebangsaan.

Selaras dengan pelaksanaan kejohanan yang diadakan di peringkat daerah, SK Lahad Datu III telah berjaya menghantar empat orang pemain catur dan terpilih bagi mewakili daerah ke peringkat negeri kategori bahawh 12 Tahun yang akan diadakan di Ranau Sabah.

Peserta@pemain catur SK Lahad Datu III yang terpilih adalah adik Evan Chris Madris, adik Mohd.Adi Sufyan, adik Adila Rossalis dan adik Rayfal Faaik Uwais.

Di antara objktif utama kejohanan catur diadakan adalah untuk mempertingkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran murid-murid berhubung dengan permainan catur; memilih wakil atau pemainan catur ke peringkat daerah, negeri mahupun kebangsaan; dan membina jati diri dan sahsiah di kalangan murid.

Adalah diharapkan semoga team catur sekolah berjaya dalam kejohanan tersebut dan seterusnya mara ke peringkat yang lebih tinggi.


Sumber Photo - Cikgu Anas Arsad

Dr.Rosdah Herawaty Hamid Guru Besar SK Lahad Datu III & Barisan PK
Bersama Team Catur Sekolah 
(Wakil Daerah Ke Peringkat Negeri)


Keberangkatan Team Catur Daerah Lahad Datu
Ke Kejohanan Catur MSS Sabah 2023 Di Ranau

Sumber Photo - Cikgu Zulaika



Team Catur SK Lahad Datu III
Menjalani Latihan Pusat Di SK Sepagaya 
Sebelum Berlepas Ke Ranau



KARNIVAL STEM 
PERINGKAT DAERAH
ANJURAN SK PEKAN LAHAD DATU
12 OGOS 2023 (SABTU) /  LAHAD DATU 


Karnival STEM Peringkat Daerah yang dianjurkan oleh SK Pekan Lahad Datu telah berlangsung dekat sini hari ini.Karnival STEM (Science Technologi, Engineering & Mathematics) merupakan salah satu aktiviti yang disarankan bagi dilaksanakan oleh Unit Ko-Kurikulum yang berasaskan Sains dan inovasi di peringkat sekolah.Beberapa buah sekolah rendah sekitar daerah Lahad Datu telah berpeluang untuk menyertai dalam beberapa aktiviti di Karnival STEM tersebut.

Pihak pengajur telah mengadakan beberapa pertandingan seperti Pameran, Demonstrasi Sains, Brifdge Building Competition, Math Shopping, Rubic Cube Challenge, dan Paper Rocket Challenge.

Antara objektif utama penganjuran tersebut adalah untuk mengiktiraf usaha sekolah dalam program pendidikan alam sekitar, menggalakkan kemahiran berfikir dan inovasi di kalangan murid, membina daya kreatif dan keyakinan diri di kalangan murid, menarik minat pelajar dalam mata pelajaran Sains, Matematik dan RBT serta memupuk budaya sains dan teknologi di kalangan murid.

Adalah diharapan penganjuran Karnivel STEM seumpama itu akan memcapai objektif dan matlamatnya.

Sumber Photo - Cikgu Nurhasmi
Peserta SK Lahad Datu III
adik Evan Chris menjadi johan
Kategori Rubic Cube Challenge
Peserta SK Lahad Datu III
adik Muhamad Andi Sufyan ke-3
Kategori Rubic Cube Challenge

Peserta SK Lahad Datu III
adik Evan Chris & adik  Adi Sufyan 
Kategori Rubic Cube Challenge

Guru Pengiring Cikgu Nurhasmi Dan Cikgu Dg. Suziana
Bersama Peserta Rubic Cube SK Lahad Datu III



MAJLIS PENUTUPAN STEM FIESTA 
PERINGKAT 
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH LAHAD DATU
12 OGOS 2023 (SABTU) / 
DEWAN PERDANA LAHAD DATU 


Pegawai Pendidikan Daerah Lahad Datu
En.Abdul Aziz Bin Abdul Rashid
Menyampaikan Hadiah Johan 
kategori 'Bridge Building Competition'
Kepada Pasukan SK Lahad Datu III 

Sumber Photo - Cikgu M.Zain Mira
Dr. Rosdah Herawaty Hamid
Guru Besar SK Lahad Datu III
Menerima Sijil Penghargaan



Sumber Photo - Cikgu Nom Fazlina Numlee

Sudut Pameran Yang Disertai Oleh
SK Lahad Datu III



PERKHEMAHAN PANDU PUTERI TUNAS
PERINGKAT   DAERAH LAHAD DATU
11 - 13  OGOS 2023 / SMK TERUSAN LAHAD DATU 


Sumber Photo -Cikgu Nurul Syaherra
Pendaftaran Peserta Perkhemahan
SK Lahad Datu III Oleh Cikgu Rahzitini Barahim@ Ibrahim

Sebahagian Daripada Peserta Perkhemahan

Guru Pengiring Perkhemahan SK Lahad Datu III

Sumber Photo -Cikgu Fazira Askilla
Perlantikan Ahli Tunas seramai 16 org dari SKDIII
Selesai perkhemahan 3H2M PPPM





KARNIVAL BAHASA MELAYU TAHUN 2023
PERINGKAT DAERAH LAHAD DATU
OGOS 2023 (RABU) /  LAHAD DATU 


Sumber Photo - Cikgu Nurul Nazwa

Sumber Photo - Admin


Sumber Video - Mohd.Shaqil Azri Channel


Sumber Photo - Cikgu Anas Arshad
SK Lahad Datu III Ke-3 Kategori Pesta Pantun



PERJUMPAAN MINGGUAN  KOKURIKULUM
( KELAB DAN PERSATUAN )
9.OGOS.2023 (RABU) /  SK LAHAD DATU III 


Sumber Photo - Cikgu Ain

Sumber Photo - Cikgu Zulaika

Sumber Photo - Cikgu Nom Fazlina Numlee

Sumber Photo - Cikgu Nurul Syaheera
Sebahagian Laporan Perjumpaan


Ayuh!!! Meriahkan
 Sambutan Bulan Kebangsaan 2023
Peringkat SK Lahad Datu III
Dengan Menyertai Peraduan@Pertandingan
Yang Dianjurkan















SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN
PERINGKAT SK LAHAD DATU III TAHUN 2023
OGOS - SEPTEMBER 2023 /  SK LAHAD DATU III 



Pelancaran Majlis Sambutan Sesi Pagi

Ucapan Pelancaran Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2023 (Sesi Pagi)
Oleh Pn.Nik Suhana Megat Daud PK Pentadbiran SK Lahad Datu III Mewakili Guru Besar





Pelancaran Majlis Sambutan Sesi Petang
      Sumber Photo - Ustazah Nusaibah K.
Ucapan Pelancaran Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2023 (Sesi Petang)
Oleh Pn.Nik Suhana Megat Daud PK Pentadbiran SK Lahad Datu III Mewakili Guru Besar






PROGRAM PENGUKUHAN 
KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM
PERINGKAT TENGGARA
29 JULAI 2023 / SMK KUHARA TAWAU


Sumber Photo - Ustaz M. Kharilzaim

Kontinjen PEMANIS Lahad Datu yang melibatkan murid SK Lahad Datu III di peringkat Tenggara :

🥇Johan Tilawah (P) SR
🥇Johan Khat (L) SR
🥉 Hafazan (P) SR
🥈Naib Johan Nasyid SR

Sumber Photo - Ustazah Nurdiyana Atiqa








KEJOHANAN BOLA SEPAK MSS SABAH 2023


Sumber Photo - Cikgu Nom Fazlina Numlee
Dua Pemainan SK Lahad Datu III Terpilih
Sebagai Pemain Mewakili Daerah Lahad Datu
Ke Peringkat MSS Bola Sepak Negeri Sabah



KEJOHANAN OLAHRAGA MSSDLD KALI KE-15 
TAHUN 2023
24 - 28 JULAI 2023 / 
KOMPLEKS SUKAN LAHAD DATU


Majlis Perasmian Penutupan
Kejohanan Olahraga MSS Daerah Lahad Datu Tahun 2023

Dr.Rosdah Herawaty Hamid Guru Besar SK Lahad Datu III 
Bersama Barisan Guru-Guru Besar@Pengetua Yang Hadir Majlis Perasmian Penutupan

                                             Sumber Photo - Henry Rahman

Sumber Photo - Admin
Cikgu Jelinah Dan Cikgu Syaheera Pengadil Acara Lumba Jalan Kaki



Sebahagian Para Peserta SK Lahad Datu III

Rakaman Video Acara Separuh Akhir Olahraga L/P 12 Tahun

      
80M L12 Lari Berpagar                              80M P12  Lari berpagar
     
4 X 100M L12                              4 X 100M P12  


Rakaman Video Acara Akhir Olahraga L/P 12 Tahun

       
80M L12 Lari Berpagar                              80M P12  Lari berpagar

      
100M L12                              100M P12  

      
200M L12                              200M P12  
       
4 X 200M L12                              4 X 200M P12  



Pasukan Olaharaga SK Lahad Datu III Yang Mengambil Bahagian




KEJOHANAN MEMANAH MSS SABAH TAHUN 2023
24 - 28 JULAI 2023 / PADANG SASAR SK SEPAGAYA LAHAD DATU



     Sumber Photo - NUSAIBAH  KAMARULZAMAN & NURUL SYAHERRA BINTI NORFINI

                                   Sumber Photo : Nusibah,Syaherra
Pasukan Memanah Daerah Lahad Datu

Pasukan Daerah Lahad Datu
Dalam Kategori Team Memanah MSS Sabah 2023


Adik Nur Qairen Khairunnisa Membuat Panahan
Disusuli Oleh Adik Nursat Noorham

Cikgu Henry Rahman Selaku Pengurus Pasukan Memanah SK Lahad Datu III



Cikgu Nurul Syaherra Bersama Pasukan Memanah Daerah Lahad Datu      

Team Lahad Datu (SK Lahad Datu III + SK Sepagaya)
Dalam Acara Akhir Kategori Team Kejohanan Memanah MSS Sabah Tahun 2023


Sumber Rakaman - Nusaibah Kamarulzaman 
     

Sebahagian Rakaman Kejohanan Memanah MSS Sabah Tahun 2023

Rakaman 'Team Matches' Akhir 
Kejohanan Memanah MSS Sabah 2023

Pasukan Lahad Datu Menjadi Johan
Kategori Team Memanah MSS Sabah 2023

AJK Photografi@Rakaman ,Pengadil, & Pengurus Pasukan SK Lahad Datu III





PERTANDINGAN CATUR TERBUKA LAHAD DATU
PIALA PUSINGAN KETUA BAHAGIAN GRS SILAM
22 JULAI 2023 / LAHAD DATU


Lahad Datu, 22 Julai - telah berlangsung  Pertandingan Catur Terbuka Lahad Datu Pila Pusingan Ketua Bahagian GRS Silam dekat sini hari ini. Pertandingan tersebut telah disertai oleh pemain-pemain catur sekitar daerah Lahad Datu.

Kelab Catur SK Lahad Datu III telah menghantar satu pasukan yang terdiri daripada Muhamad Adi Sufyan, Evan Chris, Zetty Adila, dan Khidir Halim. Cikgu Anas Arshad selaku Pengerusi Kelab Catur SK Lahad Datu III telah mengiringi pasukan catur sekolah.

Dalam Pertandingan tersebut adik Muhamad Adi Sufyan telah mendapat tempat ke-2 dan membawa pulang medal, sijil dan wang tunai. Sementara itu adik Zetty Adila telah menduduki tempat ke-6 juga telah menerima pulang medal, sijil dan wang tunai.

Ada pun objektif utama Kelab Catur SK Lahad Datu III menyertai pertandingan tersebut adalah untuk memberikan pengalaman  dan meningkatkan penguasaan murid-murid dalam permainan catur.Adalah menjadi harapan Kelab Catur SK Lahad Datu III agar lebih ramai lagi murid-murid yang akan meminati sukan catur ini sebagai salah satu jenis sukan yang terkandung dalam Dasar 1Murid 1Sukan.Di samping itu juga adalah diharapkan sukan catur ini akan lebih cemerlang lagi di masa-masa mendatang selaras dengan tujuan penubuhan Kelab Catur di peringkat sekolah.

Sumber Photo - Cikgu Anas, SK Lahad Datu III


Para Peserta Sukan Catur SK Lahad Datu III

Adik Muhamad Adi Sufyan VS Peserta-Peserta Dewasa

Adik Muhamad Adi Sufyan Menerima Hadiah Kemenangan
Tempat Ke-2

Adik Zetty Adila Menerima Hadiah Kemenangan
Tempat Ke-6



PROGRAM STEM FIESTA
PERINGKAT DAERAH LAHAD DATU
18 JULAI 2023 / SJKC YUK CHOI



 Sumber Photo - Ngui Ye Shiuan
Dr.Hj.Suharpi Bin Lasunddang
Tim. Pegawai Pendidikan Daerah
Sektor Pengurusan Murid PPD Lahad Datu
Merasmikan PROGRAM STEM FIESTA

SJKC Yuk Choi, 18 Julai- Telah berlangsung Program STEM FIESTA peringkat Daerah Lahad Datu  dekat sini hari ini. Program STEM FIESTA peringkat Daerah Lahad Datu telah diadakan di SJKC Yuk Choi 

dan telah dirasmikan oleh Dr. Hj. Suharpi Lasuddang, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pengurusan Murid PPD Lahad Datu.

Program STEM FIESTA peringkat daerah  ini merupakan salah satu program yang julung-julung kalinya diadakan di daerah ini. Ianya terbuka penyertaan kepada  43 buah sekolah rendah dan 10 buah sekolah menengah sekitar daerah ini.

SK Lahad Datu III telah menghantar satu pasukan untuk  menyertai  Program STEM FIESTA tersebut. Pasukan SK Lahad Datu III telah diwakili oleh adik Ashraf Azam Abdullah, adik Hafiz Rizuan , adik Hani Danisha Jaminin dan diiringi oleh Cikgu Nom Fazlina Numlee.

Dalam program yang telah disertai,  pasukan SK Lahad Datu III telah berjaya menjadi johan dalam kategori 'Bridge Building Competition' 

Antara lain objektif pengajuran program seumpama ini adalah untuk mendedahkan kefahaman kepada ibu bapa dan komuniti tentang mata pelajaran STEM serta laluannya dalam bidang kerjaya para pelajar. Di samping itu juga ianya adalah bertujuan untuk mengembangkan lagi bakat dan potensi para pelajar untuk terus berinovatif secara kreatif dalam bidang  STEM serta memberi peluang kepada guru-guru berkongsi pengalaman dan idea berhubung dengan STEM.

Adalah menjadi harapan tinggi pihak SK Lahad Datu III sekolah ini mampu melahirkan murid-murid yang kreatif dan inovatif dalam  bidang STEM.

 

Sebahagian Para Peserta Program STEM FIESTA



Para Peserta STEM SK Lahad Datu III



Para Pengadil & Penolong Pegawai Sektor Pembangunan Murid
Memantau Perjalanan Program STEM FIESTA



KEJOHANAN OLAHRAGA 
SK LAHAD DATU III KALI KE-26
17- 18 JULAI 2023 / 
KOMPLEKS SUKAN LAHAD DATU




















Rakaman Kejohanan Sukan Olahraga SK Lahad Datu III Tahun 2023

                           
                            
                             
                            


Majlis Perasmian Penutupan
Kejohanan Sukan Olahraga SK Lahad Datu III 2023

En. Ridwan Dahlan 
Penolong Pegawai Pendidikan Sektor Pembangunan Murid PPD Lahad Datu
Memberi Ucapan Dalam Majlis Perasmian Penutupan


Sebahagian Ibu Bapa Yang Hadir



8 Rumah Sukan Yang Bertanding

Persembahan Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan

Acara 8 x50M Ibu Bapa@Guru
Rumah Hijau Menjuarai 
Kejohanan Sukan Olaharaga SK Lahad Datu III Tahun 2023




KEJOHANAN  MERENTAS DESA
PERINGKAT SK LAHAD DATU III
8 JULAI 2023 / 
JLN.UTAMA SK LAHAD DATU III / PELABUHAN LAHAD DATU


Merentas desa peringkat sekolah merupakan salah satu acara tahunan SK Lahad Datu III  yang dirancang dalam kalender tahunan Unit Kokurikulum sekolah. Ianya bertujuan untuk memilih bakat-bakat baru untuk mewakili sekolah ke peringkat yang lebih tinggi sama ada dalam acara Merentas Desa atau Sukan Olahraga. 

Selain itu aktiviti merentas desa ini juga mampu  membentuk kekuatan fizikal semua pelajar untuk melakukan aktiviti yang lebih mencabar sepanjang sesi persekolahan pada tahun ini. Kejohanan merentas desa peringkat SK Lahad Datu III merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh sekolah setiap tahun. Kejohanan tersebut merupakan indikator bagi menunjukkan program latihan awalan para atlit yang telah terpilih untuk mewakili sekolah

Justru itu, Sekolah Kebangsaan Lahad Datu III telah melaksanakan aktiviti Merentas Desa Tahun 2023 dekat sini hari ini. Ianya telah disertai oleh murid-murid Tahap II lelaki dan perempuan seramai lebih kurang 536 peserta. Pihak polis cawangan trafik telah memberikan kerjasama dan bantuan  bagi memastikan perjalanan acara dapat dikawal dan memastikan keselamatan para peserta dapat dijaga. 

Aktiviti Merentas Desa Tahun 2023 telah dilaksanakan di jalan utama SK Lahad Datu III - Jalan Pelabuhan Lahad Datu. Sepanjang aktiviti berlangsung tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Secara keseluruhannya Merentas Desa Tahun 2023 ini telah berjalan dengan lancar seperti mana yang telah dirancang. Ianya hasil kerjasama dan komitmen daripada guru-guru serta anggota-anggota  polis cawangan trafik.

Adalah diharapkan Merantas Desa Tahun 2023 Peringkat SK Lahad Datu III yang telah dilaksanakan mampu mencapai objektif dan matlamat yang telah disasarkan



Aktiviti Senamrobik Sebeluam Acara Merentas Desa Dimulakan

Murid-Murid Bersiap Sedia Untuk Acara Merentas Desa






Dr. Rosdah Herawaty Hamid Guru Besar SK Lahad Datu III 
Melepaskan  Para Peserta Merentas Desa





Susasana Semasa Aktiviti Merentas Desa Berlangsung
   
Peserta Pertama Yang Berjaya Sampai
   
                          PK Kokum Menyampaikan Ucapan Ringkas                                                    Pn.Nik Suhana Megat Daud PK Pentadbiran
                              Mewakili Guru Besar SK Lahad Datu III                                            Menyampaikan Cenderamata Kepada Wakil Polis Trafik

Rakaman Kejohanan Merentas Desa Tahun 2023 Yang Telah Dijalankan



BULAN SENAMROBIK@SENAMSIHAT JULAI 2023
PERINGKAT SK LAHAD DATU III
8 JULAI 2023 / PERKARANGAN LETAK KERETA SK LAHAD DATU III

           
Tarikh         :    8.Julai.2023
Masa           :    7.30 Pagi
Penglibatan :    a.  Guru-Guru - 65 orang 
                         b.  Murid-Murid Tahap  -  536 orang

Secara umumnya, senamrobik merupakan salah satu bentuk latihan atau pergerakan fizikal yang menggabungkan senaman aerobik berirama dengan regangan dan rutin latihan kekuatan. Ianya bermatlamat untuk memperbaiki semua unsur kecergasan yang melibatkan kekuatan otot , feksibiliti, dan kecerdasan kardioveskular.

Justru, pelaksanaan aktiviti senamrobik@senamsihat telah dijadikan salah satu aktiviti di peringkat sekolah bagi salah satu bentuk aktiviti yang dapat menyumbang perolehan markah PAJSK dalam kalangan murid. Ianya telah diangkat sebagai salah satu perolehan pencapaian markah PAJJSK di peringkat daerah. Justru itu penglibatan murid-murid dalam aktiviti senamrobik@senamsihat ini amatlah dijalakkan.




KEJOHANAN MEMANAH 
PERINGKAT MSS DAERAH LAHAD DATU TAHUN 2023
4 - 7 JUN 2023 | PADANG SK LAHAD DATU III  



Sukan memanah merupakan salah satu cabang sukan yang boleh diikuti oleh murid-murid. Sukan menabah juga merupakan salah satu jenis sukan dalam pelaksanaan Dasar 1Murid 1Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Justru, MSS Daerah Lahad Datu telah menganjurkan Kejohanan Memanah dari 4 Julai hingga 6 Julai 2023 dekat sini hari ini. Kejohanan Memanah MSS Daerah Lahad Datu telah diadakan di padang sekolah SK Sepagaya Lahad Datu. Dalam kejohanan tersebut kategori bawah 10,12,15 dan 18 tahun (sekolah rendah dan menengah) telah dipertandingkan.

SK Lahad Datu III telah menghantar penyertaan atlet memanah serami 4 orang yang diwakili oleh adik Nursat Noorham, Nur Qairen Khairunnisa, Nur Afiqah dan Afiq.

Dalam kejohanan tersebut peserta memanah SK Lahad Datu III telah berjaya mendapat 7 pingat perak dan 12 pingat gangsa dalam aacara mix team U12, Team Girls U12, Team Boys U12, dan acara individu.

Sementara itu Nursat Noorham dan Nur Qaireen Kharunnisa telah dipilih unntuk mewakili daerah ke peringkat negeri yang akan diadakan di lokasi yang sama.

Adalah diharapkan dengan adanya penyertaan seuampama ini mampu menjayakan Dasar 1Murid 1Sukan bagi melahirkan pelajar yang aktif bersukan sejajar dengan anjakan 9, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. 







Situasi Sepanjang Kejohanan

   
   
Rakaman Sepanjang Kejohanan Memanah Berlangsung






SUKANTARA PERINGKAT SK LAHAD DATU III
28 – 29 JUN 2023 | PADANG SK LAHAD DATU III  
 
Sukantara merupakan satu aktiviti yang dijalankan sebelum acara padang dan balapan sekolah dijalankan. Sukantara Peringkat SK Lahad Datu III Tahun 2023 telah dilaksanakan dekat sini hari ini. Sukantara tersebut berlangsung selama dua hari bermula 28 Jun hingga 29 Jun 2023. Sukantara tersebut melibatkan murid-murid Tahap I dan Tahap II. 

Adapun objektif utama sukantara tersebut dilaksanakan adalah bertujuan untuk melaksanakan aktiviti tahunan Unit Kokurikulum SK Lahad Datu III yang telah dirancang dan disusun dalam kalender tahunan sesi persekolahan 2023 / 2024. Di samping itu juga sukantara yang dijalankan adalah untuk mencari bakat-bakat baru dalam sukan olahraga terutamanya dalam acara padang dan balapan. Ianya juga merupakan persiapan awal rumah-rumah sukan sekolah untuk bertanding di Kejohanan Sukan Tahunan sekolah yang dijangka akan diadakan pada 17 dan 18 Julai 2023 nanti. 

Adalah diharapkan penglibatan  murid-murid dalam sukantara kali ini  mampu memberikan peluang kepada murid-murid untuk menyumbangkan mata atau markah kepada rumah sukan masing-masing. Justru diharapkan juga sukantara yang dijalankan mampu dijadikan salah satu medan pemilihan atlet bagi rumah-rumah  sukan yang bakal bertanding nanti.


Sebahagian Para Peserta Sukantara


KEJOHANAN PING PONG
MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH LAHAD DATU 2023 
15 – 16 JUN 2023 | DEWAN CHEE YEE KHOR  , LAHAD DATU

Kejohanan Ping Pong MSSDLD Tahun 2023 telah berlangsung di Dewan Chee Yee Khor, Lahad Datu selama dua hari bermula pada 15 Jun 2023. SK Lahad Datu III telah menghantar satu pasukan ping pong dalam kejohanan tersebut.
      Penyertaan SK Lahad Datu III di kejohanan kali ini merupakan penyertaan julung-julung kalinya disertai. Penyertaan pasukan ping pong sekolah kali ini adalahadalah uasaha yang dibuat bagi membentuk  satu pasukan  oleh Kelab Ping Pong SK Lahad Datu III.
      Ada pun objektif utama penyertaan di kejohanan tersebut adalah untuk mendedahkan pengalaman kepada murid-murid dalam sukan ping pong, khususnya di kejohanan yang dikelolakan di peringkat daerah.Selain daripada itu juga dengan adanya usaha seperti ini diharapkan bakat dan kebolehan murid-murid dalam sukan permianan ping pong dapat dicungkil, di samping bermatlamatkan pembangunan bakat di kalangan murid.
      Di kejohanan Ping Pong MSSDLD Tahun 2023 kali ini , pasukan ping pong SK Lahad Datu III telah berjaya menduduki tempat ke-3 bagi kategori acara berpasukan lelaki bawah 12 Tahun.
      Adalah diharapkan usaha-usaha seperti ini akan terus dikembangkan terutamanya bagi mencapai matlamat utama penubuhan Kelab Ping Pong di perigkat sekolah.

Pasukan Ping Pong SK Lahad Datu III 
Menerima Medal Tempat Ke-3

Pengurus & Jurulatih Ping Pong  Bersama Pemain


         
Sedutan Perlawanan [ Rakaman - Nursaibah K ]            Sebahagian Daripada Perlawanan

KEJOHANAN BOLA BALING
MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH LAHAD DATU 2023
06 – 08 JUN 2023 | DEWAN SRI PERDANA, LAHAD DATU

Kejohanan Bola Baling Majlis Sukan Sekolah Daerah Lahad Datu Tahun 2023 telah dilansungkan selama 3 hari bermula 6 Jun hingga 8 Jun 2023 bertempat di Dewan Perdana Lahad Datu. Kejohanan tersebut mempertandingkan kategori  bawah 12 tahun dan bawah 18 tahun (lelaki dan perempuan).
        Sekolah Kebangsaan Lahad Datu III telah menghantar 1 pasukan bola baling kategori lelaki bawah 12 tahun. Dalam kejohanan tersebut SK Lahad Datu III telah  menduduki tempat ke-2. Sementara itu SK Payang telah berjaya menjadi johan. 
        Antara objektif utama Kejohanan Bola Baling Majlis Sukan Sekolah Daerah Lahad Datu Tahun 2023 diadakan adalah untuk mencungkil bakat dan kemahiran murid dalam sukan bola baling. Di samping itu juga ianya merupakan pesediaan bagi membentuk pasukan bola jaring daerah untuk bertanding di peringkat negeri.
      Majlis perasmian dan penutupan Kejohanan Bola Baling Majlis Sukan Sekolah Daerah Lahad Datu Tahun 2023 telah disempurakan oleh Dr. Haji Suharpi Bin Lasunddang, Tumbalan Pegawai Pendidikan Sektor Pengurusan Murid PPD Lahad Datu.

Pasukan Bola Baling SK Lahad Datu III

Pasukan SK Lahad Datu III VS Pasukan SK Payang, Lahad Datu



Pihak Pentadbir Dan Guru-Guru Yang Berkesempatan  Memberikan Sokongan Moral

 Cikgu Solehan (Jurulatih Bola Baling) Sedang Memberi taklimat kepada para pemain


Sedutan Perlawanan Akhir SK Lahad Datu III VS SK Payang


TEACHERS DAY RUN 2023
ANJURAN MGB DAERAH LAHAD DATU 
24 JUN 2023 | KOMPLEKS SUKAN, LAHAD DATU


Sebahagian Guru-Guru SK Lahad Datu III Yang Mengambil Bahagian
Sebahagian Para Peserta Termasuk YDP PIBG SK Lahad Datu III

Para Peserta Larian Dilepaskan



Cabutan Tiket Bertuah Yang Dimenangi Oleh Guru-Guru SK Lahad Datu III



KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSSDLD BAWAH 12 TAHUN
MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH LAHAD DATU 2023 
19 – 21 JUN 2023 | DEWAN CHEE YEE KHOR  , LAHAD DATU

          Kejohanan Bola Tampar MSSDLD Bawah 12 tahun  telah dijalankan selama 3 hari bermula pada 19 Jun 2023 hingga 21 Jun 2023. Kejohanan tersebut telah berlangsung di Gelanggang Kelab Sukan Darvel Bay dan telah dikelolakan oleh SK Batu 6 1/2 Segama, Lahad Datu.

          Dalam kejohanan tersebut SK Lahad Datu III telah menghantar satu pasukan bola tampar kategori lelaki 12 tahun, di bawah pengurus dan jurulatih Cikgu Aizal Ratib. Kejohanan yang belangsung selama tiga hari tersebut telah disertai oleh sekolah-sekolah sekitar daerah dekat sini.

          Ada pun objektif utama penyertaan dalam kejohanan terssebut adalah untuk mencungkil bakat di kalangan murid-murid SK lahad Datu III dalam sukan permainan bola tampar. Di samping itu juga ianya diharapkan mampu mendedahkan pengalaman kepada murid-murid SK Lahad Datu III dalam menyertai sesuatu kejohanan bola tampar di peringkat daerah.

           Penyertaan dalam kejohanan tersebut juga merupakan sebahagian daripada aktiviti tahunan yang dirancang oleh sukan permainan 1Murid 1Sukan bola tampar dalam kalender aktiviti kokurikulum sekolah bagi tahun 2023.

Team Bola Tampar SK Lahad Datu III 
sedang mendengar arahan daripada Cikgu Aizal  & Ustaz Zaim


Pusingan Awal  Perlawanan Bola Tampar MSSDLD Bawah 12 (L)

Pasukan SKLD III VS SK Fajar Harapan 


  
        Pasukan SKLD III VS SK Tanjung Paras                                           Pasukan SK Lahad Datu III VS SK Tg.Labian

Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Tahun MSSDLD  Kelolaan SK Lahad Datu III 2023           
Tarikh   :    13-15 Jun 2023
Masa     :    7.30 - 5.00 Petang
Lokasi   :    Padang SK Lahad Datu III dan Padang SK Sepagaya Lahad Datu


SK Lahad Datu III telah dipertanggungjawabkan untuk mengelolakan Kejohanan Bola Sepak MSSDLD  Bawah 12 Tahun dekat sini hari ini. Kejohanan tersebut telah berlangsung dari 13 Jun hingga 15 Jun 2023. 
        Seramai 16 buah sekolah rendah sekitar daerah Lahad Datu telah mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut. Dalam kejohanan bola sepak bawah 12 tahun kali ini, SK Lahad Datu III sebagai tuan rumah telah berjaya menjuari kejohanan , diikuti oleh SK Lahad Datu II sebagai naib juara dan tempat ke-3 pula disandang oleh SK Pekan Lahad Datu.
        Antara objektif utama Kejohanan Bola Sepak MSSDLD bawah 12 tahun diadakan adalah untuk mencari bakat murid-murid untuk mewakili pasukan bola sepak bawah 12 tahun daerah ke kejohanan di peringkat negeri.
        Dr. Rosdah Herawaty Hamid selaku guru besar SK Lahad Datu III merakam ucapan tahniah kepada pasukan yang telah berjaya mendapat tempat dalam kejohanan kali ini. Beliau juga memaklumkan penganjuran kali ini merupakan julung-julang kali dilaksanakan oleh pihak SK Lahad Datu III sebagai tuan rumah kejohanan.
        Kejohanan Bola Sepak MSSDLD bawah 12 tahun 2023 telah dirasmikan oleh wakil PPD, En. Ridwan Dahlan selaku Penolong Pegawai Unit Pembangunan Bakat Murid.

Pasukan Bola Sepak Yang Layak Ke Peringkat Akhir

Dr. Rosdah Herawaty Hamid Guru Besar SK Lahad Datu III Menyampaikan 
Cenderamata Kepada En.Ridwan Dahlan Penolong Pegawai PPDLD Unit Pembangunan Murid


  
          Penjaring Terbanyak Kejohanan                                                               Pemain Terbaik Kejohanan



Sedutan Perlawanan Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Tahun 2023
    
Peringkat Akhir Bola Sepak Bawah 12 Tahun

Sedutan Perlawanan Pusingan Akhir & Separuh Akhir  

        
       (Johan) SK Lahad Datu III VS SK Lahad Datu II       (Ke-3) SK Pekan Lahad Datu VS SK Sahabat II
  
              
                   Perlawanan Separuh Akhir                                           Perlawanan Separuh Akhir
                         SK Lahad Datu III VS SK Sahabat II                              SK Lahad Datu III VS SK Sahabat II
      
      






KEJOHANAN CATUR PERINGKAT  MSS DAERAH LAHAD DATU
TAHUN 2023
4 - 7 JUN  | SM SAINS LAHAD DATU

~Photo by : Nurhasmi SKLDIII 


Guru-Guru Pengiring Dan Team Catur SK Lahad Datu III
Suasana Pertandingan Catur

~Photo by : Anas SKLDIII 
Team Catur Sekolah (Lelaki & Perempuan)
Menerima Sijil & Pingat Tempat Ke-3







KEJOHANAN MEMANAH TERBUKA SABAH SIRI 2
PERSATUAN MEMANAH NEGERI SABAH (PMNS)
LAHAD DATU, 28 MEI - 1 JUN 2023 / PADANG SK SEPAGAYA LAHAD DATU

Kejohanan Memanah Terbuka Sabah Siri 2 yang dianjurkan oleh Persatuan Memanah Negeri Sabah (PMNS) telah berlangsung dekat sini .Kejohanan tersebut telah berlangsung dari 28 Mei 2023 hingga 1 Jun 2023.
   
   SK Lahad Datu III telah menghantar satu pasukan  memanah untuk menyertai kejohanan tersebut.Penyertaan ini merupakan satu usaha buat pertama kalinya untuk mendedahkan kepada murid-murid berkaiatan dengan sukan memanah. Pasukan memanah SK Lahad Datu III diwakili oleh adik Nur Qaireen Khairunnisa Asram dan adik Nursat.


   Ada pun objektif utama penyertaan sekolah dalam kejohanan tersebut adalah untuk    mencungkil bakat murid dalam sukan memanah.Di samping itu juga penyertaan ini dijadikan perangsang kepada murid-murid untuk menyertai sukan memanah. Pencapaian keseluruhan
      sukan memanah  SK Lahad Datu III memungut 2 pingat perak dan 1 pingat gansa.

   Adalah diharapkan potensi  sukan memanah di peringkat sekolah dapat dikembangkan di masa-masa mendatang.

Penyampaian Hadiah - Ke-2 Nursat R12 Mixed  (SK Lahad Datu III)

   
Peserta Memanah SK Lahad Datu III Nur Qaireen & Adik Nursat (Di Kanan Gambar)


Bulan Senamrobik April 2023             
Tarikh         :    6.April.2023
Masa           :    6.50 Pagi
Tempat        :   Kantin Sekolah  SK Lahad Datu III
Penglibatan :   Guru-Guru Tahap II & Murid-Murid Tahap II


Pautan/Link Rakaman Video



MESYUARAT AGUNG KOKURIKULUM SK LAHAD DATU III
( UB, KELAB & PERSTUAN, SUKAN & PERMAINAN )
5 APRIL 2023 /  SK LAHAD DATU III
        


Masa     :    6.50 - 7.50 Pagi (Rabu)
Tempat  :    Bilik Darjah SK Lahad Datu III




BULAN SENAMROBIK@SENAMSIHAT BULAN MAC 2023
SK LAHAD DATU
21 MAC 2023 /  PADANG SK LAHAD DATU III
        

Masa           :    7.00 Pagi
Penglibatan :  Guru-Guru, Murid-Murid Tahap II, AKP dan Ibu Bapa

Secara umumnya, senamrobik merupakan salah satu bentuk latihan atau pergerakan fizikal yang menggabungkan senaman aerobik berirama dengan regangan dan rutin latihan kekuatan. Ianya bermatlamat untuk memperbaiki semua unsur kecergasan yang melibatkan kekuatan otot , feksibiliti, dan kecerdasan kardioveskular.

Justru, pelaksanaan senamrobik telah dijadikan salah satu aktiviti di peringkat sekolah yang melibatkan warga sekolah sama ada di kalangan guru-guru, murid-murid, anggota staf sokongan mahupun melibatkan pihak ibu bapa.

Aktiviti senamrobik yang dilaksanakan sekali setiap bulan pada hari Khamis (Bulan Senamrobik) diharapkan akan dapat memberi impak kepada pembentukan fizikal yang sihat dan mencetuskan minda yang cerdas.




Pautan/Link Rakaman Video